Home » » Mencipta CD boot dengan PE-Builder

Mencipta CD boot dengan PE-Builder

Cara mencipta CD BartPE
Langkah 1:
Dapatkan versi baru perisian PE-Builder di alamat http://www.nu2.nu/pebuilder/.

Langkah 2:
Pasang perisian PE-Builder ke dalam sistem anda, selalunya dalam direktori C: .

Langkah 3:
Jalankan perisian PE-Builder) dengan mengklik pada fail (pebuilder.exe memiliki ikon “PE”berwarna merah). Fail ini terletak dalam direktori “C:\pebuilder313” yang ditentukan tadi.

Langkah 4:
Masukkan CD Windows XP Service Pack 2 (SP2) ke dalam pemacu CD-ROM. Kemudian, melalui tetingkap utama PE-Builder ini anda perlu menentukan lokasi sumber fail pemasang Windows (biasanya D:\), fail dan folder yang hendak disertakan (jika ada), lokasi output BartPE, dan lokasi fail ISO. Anda juga boleh memilih untuk terus merakamkan fail ISO pada CD atau sebaliknya .

Langkah 5:
Klik butang Plugins untuk memilih plugins yang mahu dimuatkan ke dalam CD . Melalui tetingkap ini anda boleh mematikan, menghidupkan, menambah dan membuang mana-mana plugin yang disenaraikan. Plugin yang diaktifkan sahaja akan dimuatkan untuk membina CD BartPE.

Langkah 6:
Klik butang Build untuk memulakan proses membina output BartPE yang diingini. Apabila tetingkap Create Directory muncul, tekan butang Yes untuk meneruskan proses selanjutnya .

Langkah 7:
PE-Builder akan menjalankan prosesnya. Anda perlu menunggu hingga selesai.

Langkah 8:
Sebuah fail ISO (pebuilder.iso) dalam direktori “C:\pebuilder313” akan terhasil .

Langkah 9:
Fail ISO tersebut bolehlah dirakam pada CD menggunakan perisian yang sesuai .

Langkah 10:
Semak dan uji kandungan fail ISO yang telah dirakam/diekstrak pada CD tadi

0 komentar: